Pengenalan

Laman Web Komuniti Perpustakaan Jalurlebar Masjid Kampung Perik Mukim Kurong Hitam, Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman web ini diharap Komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi ICT. Projek Perpustakaan Jalur Lebar ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

 

                         

Image
PD MASJID KG. PERIK

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 24 Januari 2010 )
 
Info CBL
APA ITU CBL & PJL?

CBL  adalah ringkasan daripada perkataan Inggeris iaitu "Community Broadband Library" dan PJL pula adalah ringkasan daripada perkataan Melayu iaitu "Perpustakaan Jalurlebar Komuniti".Dibangunkan di kawasan luar bandar bagi memudahkan masyarakat setempat menggunakan kemudahan ICT tanpa perlu bersusah payah keluar ke bandar dan sekaligus dapat menjimatkan kos. Dengan tertubuhnya "PJL" ini diharapkan pengguna dapat mengambil peluang bagi meningkatkan tahap pengetahuan dalam bidang ICT.

PENYELIA IT

AHMAD MUZAMMIN BIN BAHAROM

PERPUSTAKAAN JALURLEBAR

MASJID KAMPUNG PERIK

MUKIM KURONG HITAM,

06300 KUALA NERANG,

KEDAH DARUL AMAN

017-5536848 @ 013-4465069

Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

www.pjl.com.my

 

WAKTU OPERASI

AHAD HINGGA KHAMIS

MASA     :     10.00 PG - 6.00 PTG

REHAT    :     12.15 TGH - 2.45 PTG (AHAD)

               :     1.00 PTG - 2.00 PTG (ISNIN - KHAMIS)

CUTI       :     JUMAAT, SABTU & HARI KELEPASAN AM.

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 24 Januari 2010 )
 
Maklumat Am

Maklumat Am PJL

Kampung Perik terletak dalam Mukim Kurong Hitam, Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman dan terletak di bahagian Timur Laut Negeri Kedah. Keluasan Kampung Perik adalah sekitar 2532 ekar persegi. Keunikkan kampung ini ialah dikelilingi oleh bukit-bukau yang menghijau dan udara segar yang nyaman. Kawasan ini juga diibaratkan seperti berada dalam "kawah" jika dilihat dengan pandangan mata kita. Itulah kelebihan kampung ini.
   Kampung Perik terletak ditengah-tengah perjalanan iaitu di antara Pekan Jitra dan Pekan Kuala Nerang. Jarak dari Jitra
dianggarkan sekitar 17 kilometer atau 20 minit masa perjalanan manakala dari Kuala Nerang sekitar 15 kilometer atau 10 minit masa perjalanan. Jarak dari Bandaraya Alor Setar pula sekitar 45 kilometer atau 1 jam masa perjalanan.Untuk sampai ke sini, anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan Jalan Langgar-Kuala Nerang ataupun Jalan Hutan Kampung-Jitra-Malau.
   Penduduk Kampung Perik majoritinya Melayu dan beragama Islam. Kebanyakan penduduk disini bekerja dalam sektor pertanian dan persendirian. Hanya sebilangan kecil sahaja bekerja dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta.

 

 

POPULASI PENDUDUK:JUMLAH:850 Orang PURATA ISI RUMAH:6 Orang

                                       Lelaki:  410 Orang      Perempuan:  440 Orang

KUMPULAN UMUR:<12 Tahun: 25%  12-17Tahun: 15%  18-25Tahun: 10%

                              26-40 Tahun: 12%  41-58Tahun: 18%  >58Tahun: 20%

                                  Melayu:  100%     Cina:  - %     India:  - %

SOSIO-EKONOMI: Kerajaan:  10%     Swasta:  15%     Petani:  70%

                               Nelayan:  - %        Buruh:  5%     Badan Berkanun:  - %

PENDAPATAN SEISI RUMAH:<RM750:370 Orang  RM751-1500:76 Orang

                                          RM 1501-3000:  36 Orang   > RM3001:  - Orang

 

                                                                                                        (Sumber: PJL Masjid Kg. Perik)

 

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 24 Januari 2010 )
 

Jam



Waktu Solat

Kalendar