Kesihatan

   

                              HOSPITAL SEJAHTERA

 

                                                HOSPITAL KUALA NERANG

                                                06300 KUALA NERANG,

                                                KEDAH DARUL AMAN

                                                NO. TEL: 04-7867333

                                                NO. FAX: 04-7867052

                                            

 

                                            HOSPITAL KUALA NERANG 

                            

                                                                       

                                                                            Pengenalan

Hospital Kuala Nerang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Daerah  Padang Terap yang merupakan daerah ketiga terbesar meliputi kawasan seluas 2,973.27 km persegi. Kemudahan kesihatan yang ada di daerah ini ialah sebuah hospital, sebuah Pejabat Kesihatan Daerah, 3 buah Klinik Kesihatan, 16 buah Klinik Desa dan 4 buah Klinik Swasta.

Hospital Kuala Nerang adalah hospital kerajaan tunggal di daerah Padang Terap. Pembinaan hospital ini telah memberikan kemudahan perkhidmatan rawatan kepada penduduk yang sebelumnya terpaksa mendapatkan rawatan di Alor Setar. Hospital ini memberi perkhidmatan primer dan rawatan pesakit dalam( termasuk semua perkhidmatan sokongan) kepada masyarakat Padang Terap.

Hospital ini terletak di atas sebidang tanah seluas 40 ekar dan mula dibina pada Julai 1992. Projek ini di bawah peruntukan ASEAN Development Bank dengan perbelanjaan RM 17.26 juta. Pembinaannya mengambil masa selama 25 bulan dan siap pada Julai 1994.

Hospital ini adalah HOSPITAL TANPA PAKAR dengan kemudahan 4 buah wad dengan 89 katil. Bagi kes yang memerlukan rawatan kepakaran kebanyakkan akan dirujuk ke Hospital Alor Setar. Namun pada masa ini hanya beroperasi  dengan penggunaan 3 wad dan 72 katil sahaja.

Hospital Kuala Nerang telah memulakan operasinya pada bulan Oktober 1994. Ianya mula beroperasi dengan Unit Pesakit Luar pada bulan Oktober 1994 diikuti dengan wad lelaki dan wad perempuan pada bulan November 1995 dan seterusnya wad bersalin pada Julai 1996.

Perasmian Hospital Kuala Nerang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Kedah pada 4 Mac 2002.

Hospital Kuala Nerang telah mencapai beberapa anugerah kualiti, antaranya:

 

  • ~ Persijilan Penuh akreditasi buat kali pertama pada tahun 2001-2004 dan kali kedua pada tahun 2005-2008 dan juga
  •    Persijilan MS ISO 9001:2000 bagi tahun 2006-2009.
  • ~ Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi sebanyak 3 kali iaitu pada 1997-2000, 2003-2006 dan terkini 2006-2009.
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 Ogos 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

Jam



Waktu Solat

Kalendar